Tuesday, February 16, 2010

Mai La Baca Buku Kami


Salam,


Kak Fatim nak promote buku untuk sesape yang sangat berminat dengan novel. Novel ni Kak Fatim karang masa umur kak 18 tahun. Dah lama dah. Labih kurang 20 tahun yang lalu. tapi kak Fatim tengok dalam internet, masih ramai orang yang cari buku kak Fatim ni. Kak rasa kesian kat depa semua. Buku ni dah jarang dijual di pasaran, kalau nak beli adalah secara on-line dengan Dawama.
Sekarang ni kak Fatim dah tak menulis lagi sebab tiap-tiap kali nak menulis je, terbayang aje buku ni. Teringat masa pergi Kursus CPCM dulu, speaker tu kata, 'once you created a masterpiece, you'll have difficulty to create a new one'. Ini kira masterpiece jugak le sebab Kak Fatim hasilkannya dalam masa hanya sebulan. Kalau tak silap sebulan sebelum tu kak buat buku lain bertajuk OPERASI MATRIK, sebuah cerita fiksyen sains. Tarikh, 15.5.1992 -15.6.1992. Lepas tu, bermula 16.6.1992-15.7.1992, kak berjaya siapkan buku KORBAN KASIH. Tajuk asal manuskripnya adalah ' AIR DICINCANG' , tak glamer langsung. DBP komen, tajuk novel tergantung. Dia orang yang tukar tajuk novel tu kepada 'KORBAN KASIH'.
Masa Kak Fatim buat buku ni, kak buat apa pun tak menjadi. Goreng ikan pun hangit. Kak ni jenis sangat menumpu, apabila kak nak buat sesuatu hanya itu saja yang ada dalam kepala. Sebab tu buat kerja lain tak menjadi. Masa tu kak baru beli typewriter Olivetti Lettera. Kira hebat dah, time tu komputer pun susah nak jumpa.
Sebanarnya kak dan family dah lama menulis. Kak mula menulis dari darjah 3. Kak dan 2 orang saudara kandung pakat-pakat menulis. Tapi hasil karya kami banyak yang terbuang sebab kami tak tahu kat mana nak cetak. Buku hasilan kami sangat banyak. Kami tulis tangan je. Semua dalam buku exercise, 40 pages-120 pages. Bila teringat sekarang ni rasa rugi pula tak simpan hasilan kami.
Tapi alhamdulillah, kami 3 orang semua dah jadi penulis. Kakak kak Fatim keluarkan buku novel dengan Galeri Ilmu, tajuk Sedingin Salju Indiana. Adik juga keluarkan buku, tapi kak fatim tak ingat tajuknya. Kalau dapat you all cari le buku Sedingin Salju Indiana, sangat best, meremang bulu roma bila bacanya.



4 comments:

  1. Kak Fatim, macamana nak beli novel ni.. cari kat kedai tak jumpa la..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    Kak Fatim, saya antara ribuan pembaca korban kasih yang sgt bertuah kerana ianya menjadi novel pertama saya di usai 11 tahun (darjah 5).
    Ketika itu masih lagi bingung tentang masa depan dan kerjaya. Alhamdulillah...berkat dari inspirasi watak Abang Jalil, saya telah meniti jalan ke arah menjadi seorang Arkitek, dan adik saya seorang Doktor.
    Semoga kehidupan Kak Fatim diberkati Ilahi..Amin.

    ReplyDelete